Al-Infitar

الانفطار

The Cleaving19 ayahsMeccan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ﴿١

1Apabila langit terbelah;

وَإِذَا ٱلۡكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتۡ﴿٢

2Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ﴿٣

3Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;

وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ﴿٤

4Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -

عَلِمَتۡ نَفۡسٞ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ﴿٥

5(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡكَرِيمِ﴿٦

6Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -

ٱلَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ﴿٧

7Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

فِيٓ أَيِّ صُورَةٖ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ﴿٨

8Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

كَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ﴿٩

9Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ﴿١٠

10Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

كِرَامٗا كَٰتِبِينَ﴿١١

11(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ﴿١٢

12Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِي نَعِيمٖ﴿١٣

13(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

وَإِنَّ ٱلۡفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٖ﴿١٤

14Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

يَصۡلَوۡنَهَا يَوۡمَ ٱلدِّينِ﴿١٥

15Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

وَمَا هُمۡ عَنۡهَا بِغَآئِبِينَ﴿١٦

16Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ﴿١٧

17Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

ثُمَّ مَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ﴿١٨

18Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٞ لِّنَفۡسٖ شَيۡـٔٗاۖ وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَئِذٖ لِّلَّهِ﴿١٩

19(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

RELATED SURAHS