Al-Fatiha

الفاتحة

The Opening7 ayahsMeccan

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ﴿١

1Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ﴿٢

2Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ﴿٣

3Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ﴿٤

4Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ﴿٥

5Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ﴿٦

6Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ﴿٧

7Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

RELATED SURAHS