الهمزة
The Gossipmonger • 9 ayahs • Meccan
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
1Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
2Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
3Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
4Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.
5Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?
6(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
7Yang naik menjulang ke hati;
8Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
9(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.